Calon BN tampil agenda pembangunan, ekonomi dan belia

Calon BN tampil agenda pembangunan, ekonomi dan belia

JOHOR BAHRU – Kesinambungan pembangunan, pemerkasaan golongan belia, peluang pekerjaan dan penambahbaikan kemudahan asas menjadi antara teras utama yang diketengahkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Semerah dan Senai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketiga-tiga calon tampil dengan visi dan manifesto yang memberi penekanan kepada keperluan setempat, termasuk pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi rakyat, peningkatan peluang pekerjaan serta kebajikan masyarakat.

Bagi calon BN DUN Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan keutamaan akan diberikan kepada usaha meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini agar manfaatnya dapat dinikmati seluruh penduduk.

“Perancangan pembangunan ini sebenarnya telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan saya akan meneruskan usaha yang telah dirancang demi manfaat penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata, pembinaan kolej komuniti yang diumumkan sebelum ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri’

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum – PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

“Ramai anak muda di Benut menceburi perniagaan kecil, perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pertanian.

“Mereka perlu dibantu supaya dapat mengembangkan lagi perusahaan masing-masing,” katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Beliau turut berpandangan pembangunan pesat Johor, khususnya di Johor Bahru, mampu memberi limpahan ekonomi kepada Benut melalui peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan.

Katanya, sebagai anak jati Benut yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di kawasan itu, beliau memahami keperluan sebenar masyarakat setempat.

“Saya mengenali masyarakat di sini dan mereka juga mengenali saya. Sebab itu saya mahu terus berkhidmat dan meneruskan agenda pembangunan untuk Benut,” katanya.

Mohd Fared menyantuni pengundi di DUN Semerah, Batu Pahat.

Mohd Fared menyantuni pengundi di DUN Semerah, Batu Pahat.

Mohd Fared mahu rakyat Semerah nikmati kemajuan Johor

Sementara itu, calon BN DUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, beliau bertekad menjadikan Semerah sebagai kawasan yang lebih maju, sejahtera dan inklusif selaras dengan agenda Maju Johor.

Menurut bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, keutamaan akan diberikan kepada usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat selain menambah baik kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan air, internet dan lampu jalan.

“Keutamaan saya ialah memperkasa ekonomi rakyat dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, membantu usahawan tempatan serta memajukan sektor, perikanan dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan awam termasuk kawasan rekreasi turut akan dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan penduduk terus terpelihara.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor’

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor – Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan – Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Mohd Fared berkata, pembangunan pesat Johor perlu diterjemah kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat di Semerah.

“Kemasukan pelaburan baharu mampu buka lebih banyak peluang pekerjaan, tingkat pendapatan rakyat serta merancakkan aktiviti perniagaan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkasa ekonomi tempatan akan dilaksanakan menerusi pembangunan usahawan, peluang pekerjaan kepada belia serta pemerkasaan sektor pertanian dan perikanan.

Selain itu katanya, pembangunan belia akan terus diberi perhatian melalui penyediaan lebih banyak peluang latihan kemahiran, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, sukan serta pembangunan kepimpinan.

“Bagi keluarga muda pula, fokus saya ialah memastikan pendidikan anak-anak terus diberi perhatian, menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, membuka peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan beban kos sara hidup,” katanya.

Kiki Tai bertemu dan memperkenalkan dirinya sebagai calon BN kepada pengunjung kedai makan yang dilawatinya.

Kiki Tai bertemu dan memperkenalkan dirinya sebagai calon BN kepada pengunjung kedai makan yang dilawatinya.

Kiki Tai mahu suara rakyat Senai terus didengari

Dalam pada itu, calon BN DUN Senai, Tai Chee Chee atau lebih dikenali sebagai Kiki Tai menampilkan tiga manifesto utama yang disifatkan realistik dan mampu dilaksanakan jika diberi mandat oleh pengundi.

Beliau berkata, visinya adalah menjadikan Senai sebagai kawasan lebih maju, selamat dan dekat dengan rakyat supaya pembangunan kerajaan negeri dapat dirasai secara langsung oleh penduduk.

“Saya mahu pembangunan Johor beri manfaat kepada rakyat Senai melalui peluang pekerjaan lebih baik, ekonomi tempatan berkembang serta penyelesaian isu harian seperti banjir dan penyampaian perkhidmatan lebih pantas,” katanya.

Menurutnya, manifesto pertama ialah merancakkan ekonomi tempatan melalui penubuhan Jawatankuasa Ekonomi dan Pelaburan Senai, penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan serta Portal Kerjaya Senai bagi padanan pekerjaan dan latihan.

“Manifesto kedua memberi fokus kepada Pelan Pencegahan Banjir Lima Tahun yang melibatkan tindakan mengenal pasti kawasan hotspot banjir, pelaksanaan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang serta pemantauan lebih tegas terhadap projek pembangunan.

“Saya tidak janjikan perkara mustahil. Saya menjanjikan kerja konsisten untuk menyelesaikan isu banjir, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan suara rakyat didengar,” katanya.

Ketiga-tiga calon turut menyeru pengundi memberi mandat kepada BN pada hari pengundian 11 Julai bagi memastikan kesinambungan kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing dapat diteruskan.

 

 

Scroll to Top