Tisha Shamsir Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Dadah

Tisha Shamsir Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Dadah

Oh! Artis

Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dadah di Mahkamah Majistret hari ini.


Pelakon Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini selepas berdepan pertuduhan berkaitan tiga jenis dadah, Selasa lalu.

Nama sebenar pelakon itu, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, didakwa selepas ujian air kencing mendapati terdapat methamphetamine, amphetamine dan ketamin dalam badannya.

Didakwa di Mahkamah Majistret

Pertuduhan terhadap Tisha Shamsir dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Berdasarkan pertuduhan, kesalahan itu didakwa berlaku di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 7.30 pagi, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Selain itu, dia juga boleh dikenakan pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Boleh didenda atau dipenjara jika sabit kesalahan

Kredit Foto Tisha Shamsir gambar ketika berlakon dalam drama Gerak Khas

Ketika pertuduhan dibacakan, Tisha dilaporkan kelihatan tenang dan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman, Nik Azhar Nik Adib.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainna Maryam Norazman yang pada awalnya menawarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan Tisha bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu, sudah berpisah dengan suami dan perlu menanggung ibu bapa warga emas.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Oktober depan.

Pssttt! Kes masih berjalan dan tertuduh sudah pun mengaku tidak bersalah, jadi sama-sama kita elak buat hukuman sendiri. Biar mahkamah tentukan, kita ambil pengajaran supaya lebih berhati-hati dengan apa sahaja yang boleh merosakkan diri dan masa depan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top