WEST PALM BEACH – Sebuah lapangan terbang di Florida dinamakan semula sempena Donald Trump pada Khamis untuk mempercepatkan usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dan penyokongnya untuk meletakkan nama serta imej beliau pada pelbagai mercu tanda negara yang kurang disenangi banyak pihak.
“Lapangan terbang ini tidak lama lagi akan menjadi antara yang terhebat dan paling mengagumkan di dunia!” kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social.
Penukaran nama lapangan terbang itu diluluskan menerusi undang-undang yang ditandatangani Gabenor Florida daripada Parti Republikan, Ron DeSantis.
Difahamkan, jalan utama yang menghubungkan lapangan terbang itu dengan kawasan sekitar juga sudah dinamakan ‘President Donald J. Trump Boulevard.’
Tindakan itu dilihat bercanggah dengan tradisi lama AS yang mengelak menamakan bangunan, mercu tanda atau mata wang sempena tokoh yang masih hidup, khususnya Presiden yang sedang memegang jawatan.
Namun, nama dan imej Trump semakin banyak digunakan pada pelbagai kemudahan awam.
Pegawai kerajaan termasuk Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, dijadualkan merasmikan Jambatan Donald J Trump di Tennessee. – Agensi



