“RM1.1 Juta Dibekukan” – SPRM Sita Kereta Mewah, Emas Dan Barang Kemas Dalam Siasatan Sindiket Warga Asing

“RM1.1 Juta Dibekukan” – SPRM Sita Kereta Mewah, Emas Dan Barang Kemas Dalam Siasatan Sindiket Warga Asing

Trending

SPRM membekukan 14 akaun bank bernilai RM1.1 juta dalam siasatan melibatkan warga asing.


Kes melibatkan warga asing nampaknya semakin panas apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan 14 akaun bank yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Akaun yang dibekukan itu terdiri daripada lima akaun syarikat dan sembilan akaun perbankan milik beberapa individu, susulan siasatan terhadap 33 individu yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

SPRM sita aset dianggarkan bernilai RM1.4 Juta

Sprm 1

Memetik laporan Sinar Harian, operasi bersepadu yang dijalankan melalui Bahagian Perisikan dan SPRM Negeri melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Melalui operasi bersepadu di empat negeri tersebut, SPRM telah melakukan sitaan serta membekukan akaun syarikat dan individu yang terlibat.

Sprm 4

Aset yang disita dianggarkan berjumlah kira-kira RM1.4 juta. Antaranya ialah wang tunai berjumlah RM393,150; mata wang Indonesia 18 juta Rupiah (RM4,050); 10 unit kereta mewah dan tiga unit motosikal dianggarkan berjumlah kira-kira RM1.8 juta dan 14 keping emas (berat 1 gram setiap satu) dianggarkan bernilai kira-kira RM8,300.

Sitaan turut membabitkan 80 unit pelbagai jenis barangan kemas seperti gelang tangan dan cincin bernilai kira-kira RM118,500; tiga unit jam tangan bernilai kira-kira RM42,200; satu unit beg tangan mewah bernilai kira-kira RM9,000; dan 17 unit telefon bimbit bernilai kira-kira RM48,000.

Sehingga Jumaat, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka. Malah, SPRM turut menahan seorang lagi penguat kuasa di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan. Bagaimanapun beliau telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Selain itu, SPRM telah menahan seramai 38 individu menerusi Op Layer oleh SPRM Putrajaya, Op Dalang oleh SPRM Selangor, Op Raider di Negeri Sembilan dan Op Genuine di Melaka.

Daripada jumlah itu, seramai 33 individu telah direman. Mereka terdiri daripada pegawai penguat kuasa, penjawat awam, orang awam dan warga asing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

Pssttt! Kes seperti ini sememangnya wajar diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja melibatkan isu rasuah, malah berkait dengan integriti penguatkuasaan dan keselamatan negara.

Kalau benar berlaku salah guna kuasa dalam urusan melibatkan warga asing, tindakan tegas perlu diambil supaya perkara sama tidak terus berulang. Semoga siasatan SPRM dapat dijalankan dengan telus dan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top