Roh Viking terpahat pada jersi Norway

Roh Viking terpahat pada jersi Norway

Miami: Jersi Norway menjadi antara rekaan paling mencuri tumpuan di Piala Dunia 2026, ketika pasukan itu bersedia menghadapi England dalam aksi suku akhir.

Rekaan jersi skuad Norway diinspirasikan daripada warisan Viking serta sejarah budaya Scandinavia, terutama menerusi penggunaan tipografi khas pada bahagian belakang baju.

Tulisan nama pemain menggunakan bentuk huruf unik berasaskan simbol rune Viking dengan potongan tajam, garisan bersudut dan binaan geometri tebal memberikan gabungan imej purba serta moden di atas padang.

Rekaan fon khas itu turut memastikan nama dan nombor pemain mudah dilihat oleh pengadil serta penonton televisyen dengan bentuk huruf yang jelas walaupun dari sudut jauh dalam stadium.

Lebih menarik, versi jersi utama Norway menampilkan lambang khas Persatuan Bolasepak Norway (NFF) yang disepadukan ke dalam reka bentuk nombor pemain.

Fon tersebut semakin popular di seluruh dunia kerana ia menghiasi nama bintang utama Norway, Erling Haaland, yang memakai nombor sembilan pada jersi merah berkenaan.

Ramai peminat dan pereka grafik turut menghasilkan semula reka bentuk itu untuk pakaian peminat.

Jersi unik itu hadir ketika Norway mencipta sejarah kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998 dan lebih mengagumkan, mereka kini mara ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah pasukan lelaki negara itu.

Kejayaan Norway di Amerika Utara turut melangkaui jangkaan selepas mereka menyingkirkan Brazil dalam pusingan kalah mati.

Namun mereka gagal mara ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-2 di tangan England selepas masa tambahan pada suku akhir di Stadium Miami.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top