Bekas pelakon, Datin Anne Ngasri mencuri perhatian apabila beliau meluahkan rasa syukur dan sebak selepas melihat sokongan yang diberikan kepada suaminya, Datuk Mohd. Sumali Reduan .
Menerusi hantaran di Instagram, Anne berkongsi penghargaan kepada masyarakat Benut dan seluruh rakyat Johor yang kekal menyokong.
Amanah bukan kebanggaan, tapi tanggungjawab besar
Dalam perkongsian itu, Anne menyifatkan amanah yang diberikan kepada suaminya bukan satu perkara untuk dibanggakan semata-mata, sebaliknya tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan dan integriti.
Dilaporkan, suami Anne menang majoriti besar 15, 701 undi di DUN Benut.
Anne turut merakamkan penghargaan atas doa, ucapan dan sokongan yang diberikan kepada suami serta dirinya.

Menurut Anne lagi, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memikul amanah tersebut dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab.
Katanya, amanah itu akan digalas demi agama, bangsa, negeri serta seluruh rakyat.
Dalam masa sama, Anne turut meminta orang ramai terus mendoakan agar Sumali diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.
Pssttt! Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat.
Kredit: Instagram Anne Ngasri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




