Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur bakal suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dibebaskan.
Memetik Harian Metro, Bella berkata dia sudi menerima Saddiq yang ketika itu sedang dalam perbicaraan kes selepas melihat kejujuran dan keikhlasan sepanjang perkenalan mereka.
BACA:Syed Saddiq Sah Kekal Bebas, Episod Ulang Alik Ke Mahkamah Hampir Lima Tahun Berakhir
“Bella sangat-sangat bahagia, dan paling membuatkan Bella rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Mama dengan Ayah akan sangat gembira dan tak susah hati lagi.
“Sebab Bella nampak, yang paling utama Bella nampak macam mana cara layanan dia terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting.
“Dan Bella tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan dia dengan Bella. Selebihnya insya-Allah nanti kita kongsikan lebih lagi sebab kesian dia dah lama sangat kan,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata selepas melakukan sujud syukur ibu bapanya memberikan lampu hijau untuk mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya tak ada perancangan. Tapi sekarang perancangan sudah lebih tenang. Kalau boleh dipercepatkan sebelum akhir tahun ini
“Insya-Allah kalau saya dan tunang saya nanti buat sesi live kamu boleh tanya banyak soalan,” katanya.
Sumber: Harian Metro




