Pertahankan Kedaulatan Negara, MB Johor Bertegas Isu Network School Di Forest City

Pertahankan Kedaulatan Negara, MB Johor Bertegas Isu Network School Di Forest City

Trending

Isu Network School di Forest City disiasat selepas dakwaan warga Israel sertai program guna pasport kedua.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil bersuara mengenai isu operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kebimbangan rakyat dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan Johor dijadikan tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang.

Johor tidak akan benar mana-mana pihak bawa ideologi bercanggah

Network School

Kerajaan Negeri Johor telah meminta beberapa agensi berkaitan menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh terhadap isu tersebut.

Antara agensi yang diminta menjalankan semakan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi keselamatan berkaitan.

Identiti, pasport kedua dan tujuan kemasukan akan disemak

Tambahnya, semakan dan siasatan akan melibatkan beberapa perkara penting termasuk identiti serta kewarganegaraan individu terlibat.

Pihak berkuasa turut diminta meneliti dokumen perjalanan dan penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia.

Kerajaan Negeri Johor juga mahu keselarasan antara tujuan kemasukan dengan aktiviti sebenar bagi memastikan tiada sebarang perkara yang melanggar peraturan negara.

Dalam masa sama, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Digital dan agensi kawal selia berkaitan turut diminta menentukan status sebenar operasi Network School.

Perkara itu termasuk sama ada program yang dijalankan memerlukan pendaftaran atau kelulusan di bawah undang-undang negara.

Di peringkat negeri pula, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Pejabat Tanah dan Galian Johor serta agensi berkaitan akan menyemak semula semua aspek pematuhan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Onn Hafiz turut menegaskan sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat lesen atau syarat tanah, tindakan tegas perlu diambil.

Menurut beliau, tindakan tanpa kompromi juga perlu dikenakan jika terdapat sebarang unsur yang boleh menjejaskan kepentingan negeri serta keselamatan negara.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top