Imbas DuitNow QR, dapat sehingga RM100 nilai Shopee Coins

Imbas DuitNow QR, dapat sehingga RM100 nilai Shopee Coins

Saban hari, tabiat berbelanja sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita. 

Sama ada sekadar membeli barangan keperluan di kedai runcit ataupun waktu keluar makan tengah hari bersama rakan sekerja, urusan pembayaran pastinya tidak dapat dielakkan.

Menariknya, jika diperhatikan di kaunter pembayaran premis perniagaan sekarang, paparan kod QR DuitNow berwarna merah jambu pasti akan kelihatan.

Bagaimanapun, dalam keghairahan berbelanja, masih ramai yang terlepas pandang potensi penjimatan yang boleh diperoleh daripada imbasan kod berkenaan.

Imbas dan kumpul Shopee Coins tanpa had

Melalui penggunaan aplikasi ShopeePay, setiap transaksi yang dibuat sama ada menggunakan baki e-dompet mahupun ciri SPayLater membolehkan pengguna menerima ganjaran sehingga 10,000 Shopee Coins bagi setiap kali imbasan.

Jika kemudahan ini tidak digunakan, ia umpama membiarkan wang tunai terbiar begitu sahaja di atas meja. Lebih menarik, pulangan Shopee Coins ditawarkan tanpa sebarang had kekerapan setiap hari.

Shopee Coins yang berjaya dikumpul boleh digunakan semula untuk menolak jumlah bayaran bagi transaksi seterusnya, di mana setiap 100 Shopee Coins membawa nilai RM1.

Bagi mereka yang ingin memaksimumkan penjimatan, pengguna boleh menggabungkan baucar sedia ada dengan Shopee Coins, termasuk menebus sehingga 100 peratus Shopee Coins mereka bagi transaksi online atau offline.

Diskaun 50 peratus setiap hari, baucar ekstra hujung minggu

Selain pulangan Shopee Coins, pengguna turut berpeluang menikmati baucar diskaun 50 peratus setiap hari untuk pembelian menerusi DuitNow QR sekiranya memilih pembayaran menggunakan SPayLater.

Baucar tersebut boleh dituntut dengan mudah melalui ruangan Daily Deals yang terletak di halaman utama aplikasi.

Menjelang hujung minggu pula iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan Julai, tawaran yang disediakan menjadi lebih menarik dengan kewujudan baucar bernilai sehingga RM55 bagi pengguna SPayLater, yang mana ia turut terpakai untuk imbasan mana-mana kod QR DuitNow.

Bonus RM100 menanti pengguna baharu

Bagi pengguna yang belum memuat turun aplikasi ShopeePay, platform ini menyediakan bonus aluan bernilai RM100. Pakej bonus untuk pengguna baharu ini merangkumi:

Tambah nilai prabayar: Belanja RM20, nikmati baucar pulangan tunai 2,000 Shopee Coins.

Pakej data: Belanja RM30, dapat baucar pulangan tunai 3,000 Shopee Coins.

Bil air: Belanja RM20, dapat baucar pulangan tunai 2,000 Shopee Coins.

Imbasan DuitNow QR: Dua baucar pulangan tunai 100 peratus (dihadkan sehingga RM15 bagi setiap baucar).

Langkah bijak bermula daripada amalan harian. Bagi orang ramai yang ingin menikmati kesemua ganjaran eksklusif ini, muat turun aplikasi ShopeePay sekarang sebelum tempoh tawaran berakhir.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.



© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top