am@hmetro.com.my
Seremban: Perikatan Nasional (PN) kesal dengan satu mesej yang tersebar mendakwa cuti hujung minggu di Negeri Sembilan akan ditukar ke Jumaat dan Sabtu sekiranya PAS menerajui negeri ini.
Calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, berkata penyebaran mesej dalam bahasa Mandarin itu fitnah yang boleh menimbulkan kegusaran orang ramai.
“Tiada sebarang keputusan daripada pimpinan PN mahupun Barisan Nasional (BN) untuk menukar cuti hujung minggu Negeri Sembilan dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.
“Mesej yang tular itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menimbulkan keresahan serta mengelirukan masyarakat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan,” katanya dalamkenyataan, hari ini.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan menghentikan penyebaran maklumat yang tidak disahkan.
“Berpolitiklah secara matang. Jangan jadikan fitnah sebagai senjata,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




