11 ahli Geng Vinod dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi ini

11 ahli Geng Vinod dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi ini

bhnews@bh com.my

Sepang: Seramai 11 lelaki yang disyaki ahli Geng Vinod tiba di Mahkamah Sesyen Sepang, di sini, hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek yang dikawal ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba pada 9 pagi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar, berkata, semua suspek warga tempatan berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada 23 dan 24 Jun lalu.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilancarkan JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Selangor bagi membanteras kumpulan jenayah terancang itu.

Kumar berkata, Geng Vinod diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan mempunyai 17 ahli berusia antara 20 hingga 34 tahun yang terdiri daripada penjenayah berulang.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2023 dan dikaitkan kes rompakan berkumpulan, cubaan membunuh, rusuhan bersenjata, menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata serta khianat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top