‘Kerajaan wajib segera bawa RUU pemandu mabuk lebih tegas’ – Radzi Jidin

‘Kerajaan wajib segera bawa RUU pemandu mabuk lebih tegas’ – Radzi Jidin

SHAH ALAM- Kerajaan digesa meminda semula Rang Undang- Undang (RUU) bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia termasuk pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Kerajaan wajib segera membawa RUU lebih tegas. Dua pelajar maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia, Teluk Intan, Perak,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini tular video dua pelajar sekolah menengah meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta.

Kereta itu dipercayai dipandu lelaki mabuk berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan pada Ahad.

Scroll to Top