Trending
Suami model muslimah bersuara isu dakwaan curang, sudah berusaha pujuk sebelum setuju bercerai.
Sebelum ini, perkongsian seorang model muslimah jelita yang mendakwa dirinya dicurangi suami menjadi perhatian ramai sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Terbaru, seorang lelaki dipercayai suami kepada model muslimah berkenaan tampil bersuara menjelaskan situasi dari pihaknya.
Penjelasan suami model muslimah isu curang
Menerusi hantaran tersebut, lelaki berkenaan mempersoalkan apa sebenarnya definisi curang yang dimaksudkan.
Cukup kawan kawan terdekat tahu. Curang atau tak, apa definisi curang? Keluar berdua? Atau sekadar whatsapp dengan kawan kawan perempuan lama pun boleh juga dianggap curang?
Dalam masa sama, dia tidak menafikan bahawa kesalahan tetap dikira salah, namun memaklumkan bahawa kes mahkamah masih berjalan.
Lelaki itu turut mendakwa dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga tersebut selama tujuh bulan, namun merasakan tiada peluang diberikan kepadanya.
Menurutnya lagi, situasi mula berubah apabila dia bersetuju untuk berpisah tetapi mahu membuat tuntutan berkaitan hak lawatan dan hak bermalam anak.
Tapi bila aku kata okay nak berpisah tapi nk buat tuntutan ‘hak lawatan dgn hak bermalam’ terus cari point baru.
Dalam hantaran sama, lelaki itu turut meluahkan rasa kesal apabila isu berkenaan dibuka kepada umum, apatah lagi pada hari lahirnya.

Dia juga mendakwa ada pihak sanggup mengambil dan membaiki telefon kedua semata-mata untuk mencari bahan berkaitan isu tersebut.
Sampai sanggup curi 2nd phone sanggup repair phone tu semata mata nak cari point.
Menurutnya, mereka sebelum ini sudah bersetuju untuk berpisah secara baik dan mahu menjadi ibu bapa yang baik demi anak.
Tetapi, isterinya tiba-tiba memuat naik video di TikTok mendakwa dirinya dicurangi suami.
Lelaki itu kemudian menyatakan dia sudah tidak mahu mempertahankan apa-apa lagi sekiranya isu rumah tangga terus didedahkan kepada umum.
Katanya, penjelasan dibuat bukan untuk mempertahankan perkara yang salah, sebaliknya bagi menjaga nama baik diri dan keluarga.
Kalau nak cakap curang semasa dalam rumahtangga sebelum dia failkan kes mahkamah in sha allah saya tahu limit saya.
Setakat ini, isu berkenaan masih menjadi perhatian ramai di media sosial selepas kedua-dua pihak dilihat tampil dengan kenyataan masing-masing berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




