Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Tak Mampu Berjalan Lagi | Oh! Artis – Oh! Media

Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Tak Mampu Berjalan Lagi | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Puteri Balqis berkongsi keadaan ibunya yang kembali disahkan mengalami cyst sehingga tidak mampu berjalan.

Pelakon Puteri Balqis meluahkan rasa bimbang apabila ibunya sekali lagi disahkan mengalami ketumbuhan cyst dalam tempoh dua bulan. Keadaan itu menyebabkan ibunya kini berdepan kesukaran untuk bergerak sehingga tidak mampu berjalan.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu turut mengundang rasa simpati ramai apabila Aqish menceritakan perubahan mendadak yang dialami ibunya selepas mereka sempat meluangkan masa bersama sebelum ini.

Ibu Puteri Balqis alami cyst kali kedua

Menurut Puteri Balqis atau Aqish, ibunya kini memasuki hari ketiga tidak dapat berjalan kerana saiz cyst yang semakin membesar.

Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tak boleh jalan langsung. Cyst sudah besar separuh epal.- Tulisnya.

Aqish mengakui dia berasa sunyi apabila melihat keadaan ibunya kembali terlantar sakit selepas baru sahaja mereka membawa ibunya keluar berjalan dan bergembira bersama.

Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak. Ini sudah sakit balik. Sunyi balik bila balik rumah.- Katanya.

Puteri Balqis hargai pengorbanan bapa tiri

Dalam hantaran sama, Aqish turut meminta pandangan daripada pengikutnya yang pernah berdepan situasi sama bagi mendapatkan nasihat berkaitan masalah cyst.

Beliau juga mendedahkan ibunya mengalami gangguan Post-Traumatic Stress Disorder sebelum kembali diserang cyst.

Terima kasih Apak tidak tidur siang malam jaga isteri. Besar jasa apak. Terima kasih Didi ambil alih kerja apak buat sementara. Kami sayang Mommy dan Apak.- Tulisnya.

Ruangan komen hantaran itu turut dipenuhi doa, kata-kata semangat serta pelbagai perkongsian pengalaman daripada netizen yang berharap ibunya segera diberikan kesembuhan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top