Kalau korang jenis yang selalu lepak atau shopping dekat Sunway Malls, mesti korang akan suka dengan berita ni. Jangan tak tahu, Sunway Malls kini rasmi menjadi pusat beli-belah pintar (Smart Malls) pertama di Malaysia.
Menerusi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Bendaan (IoT), pengalaman membeli-belah dijangka jadi lebih mudah, cepat dan selesa.
Bukan sekadar nampak canggih, teknologi yang diperkenalkan ni memang membantu dalam banyak perkara. Daripada tandas yang dipantau secara automatik, eskalator yang boleh kesan kerosakan lebih awal, sehinggalah CCTV berasaskan AI yang membantu aspek keselamatan.
Semua sistem ini berfungsi di belakang tabir supaya korang boleh shopping dengan lebih tenang tanpa sedar banyak urusan dah dibuat secara automatik.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sunway Malls, HC Chan, teknologi digital kini menjadi elemen penting dalam memastikan operasi berjalan lebih cekap. Sebab itu Sunway Malls terus melabur dalam AI dan IoT bagi memudahkan pengurusan, mengurangkan kerja manual dan memastikan setiap kemudahan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Menariknya, bukan staf saja yang dapat manfaat ini, korang pun boleh menikmati pelbagai ciri menarik seperti chatbot yang beroperasi 24 jam dalam lebih 50 bahasa, navigasi untuk cari kedai dengan lebih mudah, cadangan tempat makan menerusi fungsi Makan Claw dan penggunaan Sunway Super App untuk letak kenderaan dan ganjaran serta pelbagai jenis promosi. Semuanya direka supaya pengalaman shopping korang jadi lebih lancar.
Kalau korang yang jenis nak cepat cari tempat letak kenderaan mahupun terlupa letak kenderaan di mana, sistem parking pintar ini menggunakan pengecaman nombor plat kenderaan, manakala sistem panduan parking pula memudahkan korang cari semula kereta. Senang cerita, banyak benda yang sebelum ini dibuat secara manual kini menjadi lebih pantas dan mudah.
Bagi meraikan transformasi ini, Sunway Malls turut melancarkan sebuah video khas yang memaparkan bagaimana semua teknologi pintar ini berfungsi untuk menjadikan setiap kunjungan lebih selesa.
Nampaknya, pengalaman membeli-belah sekarang bukan sekadar tentang membeli-belah saja, tetapi juga menikmati kemudahan yang lebih pintar, moden dan mesra pengguna.




