KUALA LUMPUR: Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 tampil dengan pembaharuan dalam sistem penjurian apabila pemenang kali ini bakal dipilih menerusi gabungan penilaian juri profesional dan bekas pemenang anugerah itu.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkata, sistem baharu itu dilaksanakan menerusi dua fasa bagi meningkatkanketelusan serta integriti proses pemilihan.
Katanya, fasa pertama melibatkan panel juriyang dipilih secara sulit oleh jawatankuasa khas.
“Malah, ada kalanya ahli perbadanan sendiri tidak mengetahui identiti barisan juri bagimemastikan proses penilaian berlangsung secara telus dan berintegriti.
“Fasa kedua pula menggunakan sistem pautan(link system) apabila seramai 100 hingga 150 pemenang FFM terdahulu akan diberikan helaian pemarkahan (score sheet) bagi menilai filem, pelakon dan calon terbaik,” katanya.
Hans berkata demikian ketika ditemui padasidang media pelancaran FFM Ke-35 di Aurum Theatre, The Exchange TRX, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hans berkata, sistem pemarkahan baharu memberi lebih banyak kuasa kepada pemain industri dalam menentukan pemenang.
“Kita menetapkan 70 peratus markah datang daripada undian pemenang-pemenang FFM terdahulu bagi kategori lima terbaik, manakala baki 30 peratus adalah daripada panel juri profesional.
“Kita mahu industri sendiri menentukan siapayang terbaik dalam kalangan mereka,” katanya.
Menurut Hans, cadangan penambahbaikan itu tercetus hasil idea pelakon, Bront Palarae yang berkongsi model penjurian beberapa festival filem antarabangsa sebelum dibawa ke peringkat perbincangan FINAS.
Hans berkata, pendekatan baharu itu juga menjadi penghargaan kepada penggiat seni yang banyak berjasa dalam pembangunan industri perfileman tempatan.
“Sebagai orang lama dalam industri, saya sendiri akan berasa terharu jika FINAS meminta pandangan saya untuk menilai karya rakan-rakan seni. Ia menunjukkan sumbangan kita dihargai.
“Sudah tiba masanya FINAS tidak lagi dilihat sebagai pihak yang menentukan segala-galanya secara mutlak. Sebaliknya, kita mahu lebih proaktif dengan mendengar pandangan persatuan seperti PFM, FDAM dan SENIMAN.
“Jika kita mahu industri filem negara mencapai tahap seperti Oscars, kita perlu bermula dengan meletakkan kepercayaan kepada penggiat industri sendiri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, sistem pemarkahan FFM35 akan dilaksanakansepenuhnya secara digital (paperless) dan dipantau oleh pihak ketiga bagi tujuan audit.
“Setiap tahun memang ada helaian pemarkahan, namun kali ini kita menambah baik kriteria penilaian serta memperluaskan penglibatanpemain industri.
“Keputusan penjurian juga akan diaudit oleh badan bebas bagi memastikan proses berlangsung secara telus dan bebas daripada sebarang keraguan,” katanya.
Malam Anugerah FFM Ke-35 dijadual berlangsung pada 21 November depandi Panggung Sari, Istana Budaya.
Penyertaan akan dibuka bermula 29 Julai hingga 11 Ogos depan, manakala filem yanglayak dipertandingkan ialah karya yang ditayangkan dalam tempoh 1 Julai hingga 30 Jun. -UTUSAN




