“Nak Namakan Masjid Jarir Umar Al Fattah” – Fattah Amin Impi Nak Ada Surau, Masjid Sendiri

“Nak Namakan Masjid Jarir Umar Al Fattah” – Fattah Amin Impi Nak Ada Surau, Masjid Sendiri

Pelakon Fattah Amin berkongsikan mengenai impian untuk mempunyai masjid atau surau sendiri sebagai saham akhirat.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fattah berkata dengan membina rumah ibadah itu akan mengalir pahala selagi jemaah hadir untuk beribadah.

BACA: “Jahat Gila Mulut Binatang Tu, Bedal Je Fattah” 

“Memang kita ada impian. Tapi sebelum ada kedai atau mall, saya nak ada masjid dulu. Itu saham akhirat.

“Kita dengar orang yang ada surau, ada masjid. Bila ada masjid ni kita rasa macam, ‘bestnya’. Sebab kalau dia meninggal, selagi orang guna sebab dia infaqkan masjid tu, pahala dia berjalan.

“Baik saya niat ada nak ada masjid dengan surau sendiri. Daripada saya niat nak ada mall sendiri, mall tu kedua ketiga lah. Pertama sekali saya niat nak ada masjid dengan surau sendiri,” katanya. 

Sementara itu, Fattah turut berkongsikan dia mahu menamakan rumah ibadah itu Masjid Jarir Umar Al-Fattah.

“Doakan cukup duit, kita nak buat masjid surau. Kita nak namakan Masjid Jarir Umar Al-Fattah,” katanya.


Scroll to Top