sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kejohanan bina badan Mr Enrich On The Go 2026 mencatat sambutan menggalakkan apabila lebih 800 peserta sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjuran edisi tahun ini.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Dewan TLKB Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dari 28 hingga 31 Ogos ini dijangka menjadi antara pertandingan bina badan terbesar yang pernah dianjurkan, dengan penyertaan membabitkan atlet tempatan dan luar negara.
Sebanyak 15 kategori pertandingan disediakan bagi memberi peluang kepada atlet daripada pelbagai latar belakang untuk beraksi serta mencabar kemampuan masing-masing di pentas kompetitif.
Jumlah penyertaan yang tinggi membuktikan perkembangan positif sukan bina badan di Malaysia selain menunjukkan minat terhadap bidang kecergasan dan prestasi fizikal semakin meningkat.
Penganjuran Mr Enrich On The Go 2026 dijangka menarik perhatian komuniti bina badan serantau apabila menghimpunkan barisan atlet berpengalaman serta bakat baharu yang bakal mencuri tumpuan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




