am@hmetro.com.my
Jempol: Kerajaan memaklumkan laporan daripada pasukan petugas khas atau ‘taskforce’ berkait Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan disiapkan dalam masa beberapa bulan lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berjanji, akan mengeluarkan laporan itu kepada umum sebaik sahaja ia disiapkan.
Beliau turut meminta agar orang ramaj untuk membacanya seperti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait Lembaga Tabung Haji (TH).
“Kita sudah bawa keluar cerita Tabung Haji. Mungkin dalam masa beberapa bulan siap laporan ‘task force’ FELDA, kita keluarkan pula.
“Baca (laporan) pasal FELDA ini,” katanya semasa Ceramah Perdana Grand Finale Kekal Harapan di Jeram Padang malam ini.
Anwar berkata, tujuan kerajaan Perpaduan pimpinannya berbuat seperti itu juga mahu memperbetulkan kesilapan lalu.
Menurutnya, perkara seperti itu adalah n tanggungjawabnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Dalam masa sama, Anwar yang Menteri Kewangan turut berpandangan kerajaan Persekutuan dan negeri seharusnya bergerak seiringan.
Katanya, ia bagi memudahkan kerja terutamanya dari segi aspek kebajikan rakyat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




