PRN N9: Dominasi PH, DAP kekal dominan di kerusi bukan Melayu

PRN N9: Dominasi PH, DAP kekal dominan di kerusi bukan Melayu

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penguasaan Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan Melayu masih sukar digugat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Biarpun kejutan disaksikan di DUN Chennah, apabila penyandangnya yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tewas kali ini, namun sebahagian besar kerusi DAP lain menyaksikan penguasaan mereka masih kekal.

Pada PRN 2023, Loke memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,200 undi namun kali ini, Menteri Pengangkutan itu tewas kepada Siow Kong Choon yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Antara kerusi yang terus dikuasai PH dalam PRN kali ini, termasuk di DUN Seremban Jaya, Mambau, Rahang, Lukut, Bukit Kepayang, Nilai, Bahau dan Temiang.

Sementara itu, DUN Repah yang sebelum ini dikuasai PH turut tewas kepada calon BN, yang diwakili oleh pemimpin MCA, Koh Kim Swee.

Pencapaian PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada PRN Negeri Sembilan kali ini turut dilihat merosot dengan beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi mereka dirampas BN dan Perikatan Nasional (PN).

Mengejutkan, kerusi DUN Linggi yang mempertaruhkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun juga tewas, selain DUN Sikamat yang sebelum ini dianggap kubu kuat PKR, kini diambil alih PN.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam ini, BN menang 18 kerusi DUN iaitu di DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh dan Seri Menanti.

DUN turut dimenangi BN, Senaling, Pilah, Johol, Labu, Chembong, Rantau, Kota, Linggi dan Gemencheh dan Repah.

Sementara PN pula menang di tujuh kerusi iaitu di DUN Klawang, Serting, Sikamat, Ampangan, Paroi, Bagan Pinang dan Gemas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top