PRN N9: Anthony Loke gagal pertahan kerusi DUN Chennah

PRN N9: Anthony Loke gagal pertahan kerusi DUN Chennah

Seremban: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri Pengangkutan itu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) meraih 4,413 undi manakala Siow daripada MCA berjaya memperolehi 5,522 undi setakat 8.51 malam ini.

Loke menyandang DUN Chennah sejak 2013.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top