Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lalu.
Keputusan atas kehendak sendiri
Menerusi sidang media yang dikongsikan di Facebook, beliau menyatakan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.
Menurut Anthony, sudah tiba masanya kepimpinan negeri diberi ruang untuk memilih pengerusi baharu daripada barisan Ahli Jawatankuasa sedia ada bagi meneruskan hala tuju parti di Negeri Sembilan.
“Tiba masa untuk saya berundur sebagai Pengerusi Negeri dan menyerahkan kepada pimpinan negeri untuk melantik dan memilih daripada Ahli Jawatankuasa sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di ibu pejabat parti, hari ini.
Sumber: Facebook Anthony Loke




