am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: DAP akan membentangkan usul pada Kongres Kebangsaan parti pada 16 Ogos bagi menentukan sama ada parti itu perlu kekal dalam kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen semasa atau sebaliknya.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keputusan untuk membentangkan usul itu dipersetujui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti yang bermesyuarat malam ini.
Katanya, perkara itu akan diputuskan kira-kira 4,000 perwakilan yang dijangka menghadiri kongres berkenaan.
“Keputusan ini akan dibuat oleh 4,000 perwakilan, bukan CEC.
“Kami mahu membawanya melalui proses demokrasi parti, khususnya bagi keputusan-keputusan besar, dan bukannya diputuskan semata-mata oleh ahli CEC.
“Keputusan itu adalah untuk ditentukan oleh perwakilan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




