Niat asal pelakon Dynas Mokhtar cuma mahu menitipkan ucapan hari lahir buat sahabatnya, pelakon Awal Ashaari, namun perkongsian itu nampaknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Dynas memuat naik foto dan video bersama Awal ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan sambil menulis ucapan ringkas.
Netizen tegur supaya jaga batas

Namun, ruangan komen mula dipenuhi dengan teguran netizen yang kurang senang melihat foto mesra kedua-dua pelakon itu.
Ada yang berpendapat sebagai figura awam, Dynas perlu lebih berhati-hati dengan perkongsian sebegitu kerana ia boleh dilihat oleh ramai orang.
Mak aii haram tu kak. Kalau bini saya melekat dah microwave kt kepala. Jangan di normalisasi kan. Sekarang ramai jahil termasuk saya. Bukan apa akak kan public figure. Ok kak tegur je. Sebab lalu kat screen. Kalau diam kang dosa pulak saya.
Seorang lagi netizen turut mempersoalkan tindakan itu kerana menurutnya, Dynas merupakan seorang Muslim manakala Awal pula suami orang.

First kau tu Islam. Second tu laki orang. Haiyakkkkkk hidup dah macam liberal dah orang Malaysia pun.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta supaya perbuatan bergambar terlalu mesra dengan bukan mahram tidak dinormalisasikan.
Selain teguran soal batas, ada juga netizen yang mengaku terkejut melihat foto tersebut sehingga menyangka Awal sudah berpisah dengan isterinya, pelakon Scha Alyahya.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




