am@hmetro.com.my
Johor Bahru : Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, malam ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung jam 10.36 malam.
Beliau berkata, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.
“Bapa mangsa memaklumkan mangsa dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian.
“PKO bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan,” katanya kenyataan, malam ini.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamatkan masih dijalankan sehingga kini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
