Elisya Sandha Dapat Restu Suami Jayakan Babak Intim

Pelakon Elisha Sandha berkata dia meminta pandangan daripada suaminya terlebih dahulu sebelum menerima watak untuk menjayakan babak intim bersama Aliff Aziz dalam drama Madu Atau Racun.

Memetik BH Online, Elisha berkata suami serta keluarga memahami tuntutan kerjayanya dan watak yang dilakonkan hanya tanggungjawabnya sebagai pelakon.

BACA: Elisya Sanda Dipuji Rajin Masak Untuk Mentua

“Apa yang saya buat adalah kerja sebagai seorang pelakon. Ia tidak ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya. Keluarga saya juga orang industri, jadi mereka memahami. Mereka tidak menilai atau mempersoalkan apa yang dibuat kerana mereka pun dalam industri yang sama.

“Suami saya juga begitu. Saya tanya dia dahulu. Bila pertama kali dapat skrip, orang pertama yang saya tanya adalah suami saya. Saya bacakan babak itu dan minta pendapat, kemudian dia tiada masalah,” katanya

Sementara itu, Elisha berkata dalam setiap babak yang dilakonkan tidak dilakukan secara keterlaluan dan mereka akan berbincang dengan pengarah drama tersebut terlebih dahulu. 

“Bila sampai set penggambaran, saya terus masuk watak. Jadi, apa sahaja yang saya buat di situ adalah hasil perbincangan antara saya dengan Aliff dan juga pengarah.

“Kalau hendak jadikan sesuatu babak itu, kena ada perbincangan. Kami akan saling bertanya sama ada okey atau selesa untuk dibuat, termasuk mendapatkan nasihat pengarah,” katanya.

Dalam pada itu, Elisya berkata teknik kamera turut digunakan dalam kebanyakan adegan dan suaminya turut memahami teknik kamera dalam lakonan.

“Orang dalam industri faham ada teknik kamera. Perkara yang kita nampak seolah-olah betul di televisyen, sebenarnya tidak. Itu hanya teknik kamera.

“Suami saya pun dalam industri yang sama, jadi dia faham teknik kamera itu. Maksudnya, bukan betul-betul saya buat, jadi dia okey. Alhamdulillah, itu salah satu rezeki yang saya ada, iaitu keluarga yang memahami,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top