Pemuda UMNO cari ‘pemandu Aruz’ tular, sedia bantu kos guaman demi keadilan -Akmal

Pemuda UMNO cari ‘pemandu Aruz’ tular, sedia bantu kos guaman demi keadilan -Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh memuat naik satu hantaran di Facebook mencari pemandu Perodua Aruz yang tular di media sosial susulan pergaduhan di Kilometer 276 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Seremban, Sabtu lalu.

Cari pemandu Aruz

Menerusi video tersebut, Akmal menyatakan pihak Pemuda UMNO bersedia untuk membantu dengan memberikan khidmat guaman secara percuma kepada pemandu Perodua Aruz jika perkara tersebut dibawa ke muka pengadilan.

“Bantu saya untuk mencari abang pemandu Aruz ini,
“Keadilan bukan dengar hanya di sebelah pihak sahaja
“Kepada abang pemandu Aruz insyAllah Pemuda UMNO akan bantu dengan bantuan guaman secara percuma untuk menuntut keadilan abang di mahkamah,
Jangan takut, kita lawan sama-sama,” ujarnya.

Sedia khidmat guaman percuma

Ujarnya lagi, Pemuda UMNO sedia untuk memberi perkhidmatan tersebut dan berharap agar keadilan dapat ditegakkan di mahkamah nanti susulan tindakan Pemandu Ferrari yang dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Susulan daripada itu, Akmal meminta supaya pemandu Aruz atau sesiapa yang mengenali lelaki terbabit untuk menghubunginya bagi dibantu untuk urusan seterusnya.

“Keadilan bukan tertakluk kepada siapa yang banyak duit, tapi keadilan tertakluk kepada siapa yang benar-benar berani, siapa yang tidak bersalah dalam hal ini,” tegasnya.

Pemuda UMNO cari ‘pemandu Aruz’ tular, sedia bantu kos guaman demi keadilan -Akmal

Terdahulu, pemandu Ferrari yang juga ahli perniagaan, Tiang How Soon, 40, memaklumkan dia tidak berniat untuk mencetuskan kekecohan malah insiden itu berlaku tanpa sebarang pelanggaran antara kedua-dua kenderaan dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik tanpa membabitkan keganasan fizikal.

Dia yang membuat sidang media di Pusat Biro Aduan Awam DAPSY Selangor semalam turut menunjukkan kecederaan dialami serta menitipkan pesan kepada Pemandu Aruz terbabit untuk berubah dan memikirkan keluarga sebelum mengambil tindakan yang boleh memakan diri sendiri.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Scroll to Top