Warga emas disimbah petrol masih kritikal – Polis

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Wanita warga emas yang disimbah petrol sebelum dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini, kelmarin, masih kritikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya masih berusaha mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas, malam ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Taman Pusat Kepong bagi mengesan lelaki yang dipercayai membakar wanita itu.

Penelitian rakaman itu dilakukan polis dari kawasan sekitar bagi mengenal pasti pergerakan suspek sebelum dan selepas kejadian.

Identiti suspek dan motif serangan masih dalam siasatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top