SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi gambar terbaharu selepas menjalani rawatan dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa.
“Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi,” tulisnya di Facebook.
Anwar turut berkongsi gambar sejambak bunga kurniaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun kelahirannya serta sebagai tanda ingatan mendoakan kesembuhan beliau.

Anwar berkongsi gambar terbaharu selepas menjalani rawatan dengan ditemani isterinya, Wan Azizah.
“Menjunjung kasih… atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya. Dirgahayu Tuanku!” katanya.
Anwar kini masih menjalani rawatan susulan selepas pembedahan.
