Kasih seorang ibu memang tiada bandingannya, namun lain pula kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang warga emas diserahkan ke rumah penjagaan oleh anak kandungnya sendiri.
Perkongsian itu mengundang rasa sebak apabila melihat warga emas itu digendong pergi oleh wakil rumah penjagaan Griya Lansia Malang, Indonesia.
Anak didakwa serah ibu selama-lamanya
Bersama video itu, turut diselitkan isi surat perjanjian menyatakan empat anak kandung secara sukarela dan tiada paksaan menyerahkan ibu mereka.
Dan jika nanti ibu saya meninggal dunia, saya berempat tidak perlu dikabari, jenazah ibu saya silakan langsung dimakamkan di Griya Lansia.
Ayat itu mencetuskan rasa terkilan dalam kalangan netizen kerana ia seolah-olah menggambarkan anak-anak wanita tersebut tidak mahu lagi dimaklumkan mengenai keadaan ibu mereka.

Malah, wakil rumah penjagaan ada memujuk si anak supaya memikirkan semula keputusan mereka. Tapi si anak tegas dengan keputusan kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.
Surat pernyataan ini saya buat tanpa paksaan, dengan kesedaran sepenuhnya dan siap dengan segala risiko, kerana saya tidak mampu membiayai atau merawat ibu saya.
Perkongsian itu turut menyebut beberapa nama lain yang didakwa sebagai adik-beradik kandung individu berkenaan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
