ROM: Satu letupan menggegarkan sebuah kilang pengeluaran peluru berhampiran Colleferro, sebuah bandar kira-kira 40 kilometer (25 batu) di tenggara Rom, kata polis Itali pada Khamis.
Pasukan bomba dan polis berada di lokasi kejadian, manakala operasi yang rumit sedang dijalankan, kata polis kepada AFP tanpa memberikan maklumat lanjut buat masa ini.
Kilang berkenaan dimiliki oleh kumpulan pertahanan Jerman, KNDS, dan mengeluarkan peluru berkaliber sederhana dan besar untuk pertahanan darat dan laut, lapor agensi berita Itali, Ansa. – AFP

