KUALA LUMPUR: ExxonMobil melantik Shane Harris sebagai Presiden dan Pengerusi ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.
Sebagai ketua pengurus negara bagi anak-anak syarikat ExxonMobil di Malaysia, Harris akan berpangkalan di Kuala Lumpur.
Harris menggantikan Edward E. Graham, yang dilantik sebagai Naib Presiden Penerokaan bagi ExxonMobil Low Carbon Solutions di Houston, Texas.
Sebelum pelantikannya, Harris adalah pengurus bagi aset perlombingan minyak pasir Imperial Oil di utara Alberta, Kanada.
Beliau sebelum itu berkhidmat sebagai pengurus teknikal cari gali global ExxonMobil di Houston.
Harris menyertai ExxonMobil pada 1998 dan memegang beberapa jawatan kepimpinan, kejuruteraan serta tugasan perniagaan dalam pengeluaran, penggerudian, perlombongan dan subpermukaan di Australia, Kanada, Malaysia, Russia serta Amerika Syarikat (AS).
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Newcastle, Australia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




