Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berkata, beliau akan melancarkan kempen baharu yang besar untuk menyasarkan ekonomi Iran, mengancam hukuman “hebat” ke atas mana-mana negara yang membantu atau menjalankan perniagaan dengan republik Islam itu.
“Hari ini, saya mengumumkan OPERASI EKONOMI PALING MENGGEGARKAN YANG PERNAH DILAKSANAKAN TERHADAP MANA-MANA NEGARA! Ini akan menjadi Peperangan dan Pengasingan Ekonomi pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya,” tulis Trump di Truth Social.
“Saya juga mengumumkan bahawa MANA-MANA negara yang membenarkan institusi kewangan, perniagaan, lapangan terbang atau entiti kerajaannya menyediakan sebarang jenis talian hayat kepada Iran akan menghadapi Akibat Ekonomi yang LUAR BIASA,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
