bhnews@bh.com.my
Putrajaya: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Putrajaya di sini, bagi pendengaran permohonan reman terhadapnya.
Individu berusia 60-an yang memakai pakaian lokap warna jingga dan bergari itu, tiba pada jam 9.38 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semalam media melaporkan beliau dipercayai menjadi antara individu terbaru dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.
Sumber sebelum ini memaklumkan, individu berkenaan juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.
Usaha mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung perkara itu sedang dilakukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd

