Malaysia kekal negara Islam, tidak pernah gugur status – Mufti Wilayah Persekutuan

Malaysia kekal negara Islam, tidak pernah gugur status – Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak supaya memahami kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdasarkan beberapa sudut yang meliputi aspek fiqhi, syarie, sejarah dan geografi.

Malaysia kekal negara Islam, tidak pernah gugur status – Mufti Wilayah Persekutuan

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, kedudukan tersebut tidak pernah terhapus dan kekal menjadi sebahagian daripada status negara ini.

“Malaysia adalah negara Islam secara fıkhi, syarie, sejarah dan geografi.
“Tidak pernah gugur status bumi ini daripada status negara Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respons terhadap pandangan pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Ronnie Liu yang sebelum ini menegaskan Malaysia tidak akan dan tidak sepatutnya menjadi sebuah negara Islam yang dipengaruhi fahaman ekstremisme agama.

Ronnie dalam kenyataannya turut menekankan bahawa Malaysia perlu terus berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta prinsip kepelbagaian yang menjadi asas kehidupan masyarakat negara ini.

Artikel lain: ‘PN tak sensitif, rasis dan angkuh’ – Rayer kecam perobohan kuil di Perlis

Beliau pada masa sama menjelaskan bahawa usaha menolak ekstremisme agama tidak seharusnya disamakan dengan penolakan terhadap Islam, yang kekal sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sumber: Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)

Scroll to Top