“Jadi Rapat Lepas Kongsi Masalah Rumah Tangga” – Lelaki Ditahan Khalwat Bersama Isteri Orang Di Bilik Sewa

“Jadi Rapat Lepas Kongsi Masalah Rumah Tangga” – Lelaki Ditahan Khalwat Bersama Isteri Orang Di Bilik Sewa

Trending

Suami dan isteri orang dicekup khalwat di bilik sewa, siap bawa dua anak kecil.

Masalah rumah tangga yang dikongsi bersama dipercayai menjadi titik mula hubungan seorang lelaki dan wanita semakin rapat sehingga mereka ditangkap khalwat di sebuah bilik sewa di Pasir Gudang, Johor.

Namun, keadaan itu akhirnya terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

Dua kanak-kanak sedang tidur dalam bilik

Ketika pintu bilik dibuka oleh seorang wanita berusia lingkungan 20-an, pegawai penguat kuasa kemudian menemui seorang lelaki berusia 30-an berada di dalam bilik sama.

Ohmedia tangkap khalwat
Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan, dua kanak-kanak berusia empat dan satu tahun turut berada di situ dan sedang tidur ketika pemeriksaan dijalankan.

Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya mengakui mereka bukan pasangan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Difahamkan, lelaki terbabit bekerja di bandar raya berkenaan manakala wanita itu pula tidak bekerja buat sementara waktu kerana perlu menjaga anak.

Lelaki terbabit mendakwa mempunyai masalah rumah tangga dan tidak lagi tinggal bersama isteri, manakala wanita itu pula dalam proses perceraian dengan suami. Lelaki terbabit turut mendakwa membantu wanita berkenaan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan dengan menanggung sewa bilik serta perbelanjaan makan minum.

Siasatan lanjut bagaimanapun mendapati mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu ketika lelaki berkenaan bekerja sambilan sebagai pemandu e-hailing.

Hubungan itu dikatakan menjadi semakin rapat selepas masing-masing berkongsi mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi.

Difahamkan, mereka tinggal bersama di bilik sewa berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Dua kanak-kanak tersebut adalah anak wanita berkenaan hasil perkahwinan yang sah dengan suaminya.

Susulan kejadian, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top