WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Demokrat akan cuba mengemukakan pertuduhan pemecatan terhadapnya jika parti itu memenangi pilihan raya pertengahan penggal pada November dan menguasai Kongres, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Jadi anda akan kehilangan segala-galanya. Saya terpaksa melalui proses pertuduhan pemecatan,” kata Trump pada perhimpunan di South Carolina.
Beliau menyifatkan penentangnya sebagai “orang gila” yang “kejam dan ganas”.
“Mereka akan mengemukakan pertuduhan pemecatan terhadap saya. Mereka sendiri tidak tahu mengapa,” kata Trump.
Pilihan raya Kongres akan diadakan pada November.
Penganalisis meramalkan Republikan berisiko kehilangan penguasaan Dewan Perwakilan kepada Demokrat.
Pakar mengaitkan kemungkinan kehilangan majoriti di Dewan Perwakilan dengan kemerosotan kadar sokongan terhadap pentadbiran Trump susulan kempen ketenteraan terhadap Iran serta kenaikan harga. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti