mahani@bh.com.my
Kuala Lumpur : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu berakhir berkuat kuasa 27 April lalu.
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi(OCAP) UAIM, memaklumkan Dr Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universitinya atau mewakili UAIM dalam apa-apa perjawatan.
“Sehubungan itu, penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk afiliasi rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan.
“Untuk itu, penggunaan gelaran atau perjawatan yang berkait dengan UIAM adalah tidak dibenarkan dalam apa-apa bentuk bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau bahan hebahan lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, UIAM berharap penjelasan berkenan status perkhidmatan dan kaitan rasmi Dr Solehah dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
“UIAM berharap penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan kekeliruan. Demi menjaga integriti dan kesarjanaan akademia,” katanya.
Sebelum ini Dr Solehah pernah dikaitkan dengan kenyataan-kenyataan kontroversi berkaitan Melayu.
© New Straits Times Press (M) Bhd

