Fadhli Shaari jawab isu jual tongkat, ungkit gambar pemimpin PH RM500K – “Berduyun ceplos memberi komen”

Fadhli Shaari jawab isu jual tongkat, ungkit gambar pemimpin PH RM500K – “Berduyun ceplos memberi komen”

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pihak yang mempertikaikan tindakan melelong tongkat milik Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis makan malam amal PAS Melaka.

Fadhli Shaari jawab isu jual tongkat, ungkit gambar pemimpin PH RM500K – “Berduyun ceplos memberi komen”

Menerusi satu kenyataan, Ahmad Fadhli berkata, nilai lelongan tongkat berkenaan yang mencecah RM15,000 adalah munasabah dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan dakwaan mahu ‘mengkeramatkan’ atau menyembah tongkat tersebut.

“Bila tongkat Tuan Guru Presiden PAS berjaya dilelong semalam di makan malam PAS Melaka dengan harga RM15k, berduyun-duyun ceplos memberi komen kononnya ada yang nak sembah tongkat, ‘mengkeramatkan’ tongkat dan lain-lain.
“Rilek bro, itu baru 15k, nilaian yang munasabah sahaja. Kalau itu sudah dianggap mengkeramatkan tongkat, ketika gambar pemimpin PH dilelong RM500k, itu tentu lebih jauh dari mengkeramat,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai sindiran terhadap pihak yang mempersoalkan nilai serta tujuan lelongan tongkat berkenaan, yang disumbangkan untuk tujuan amal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut membandingkan situasi berkenaan dengan lelongan gambar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mencecah RM500,000 ketika gabungan itu menjadi kerajaan.

“Cumanya gambar pemimpin PH ni dilelong ketika PH jadi kerajaan. Nanti PH jadi pembangkang kelak, cuba lelong gambar sekali lagi, tengok nilai berapa laku,” jelasnya.

Lelongan tongkat Abdul Hadi sebelum ini menarik perhatian selepas barangan peribadi milik Presiden PAS itu ditawarkan dalam majlis makan malam amal PAS Melaka.

Tindakan berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi di media sosial, dengan sebahagian pihak mempersoalkan nilai serta simbolik di sebalik lelongan tersebut.

Artikel lain: Kor Ming tunjuk MyKad, Fadhli Shaari tegaskan kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru

Namun, Ahmad Fadhli menegaskan nilai RM15,000 yang diperoleh daripada lelongan itu adalah jumlah yang dianggap wajar, selain menyifatkan kritikan terhadapnya sebagai berlebihan.

Beliau pada masa sama mengingatkan pihak yang membuat perbandingan supaya turut melihat konteks lelongan yang pernah dilakukan ketika PH memegang tampuk pemerintahan.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Scroll to Top