Istanbul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Washington sedang mempertimbangkan untuk menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika, susulan ketegangan perdagangan yang kembali memuncak dengan Kanada, lapor Anadolu Ajansi.
“Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan secara serius untuk menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika kerana kami tidak menjangkakan untuk menjalankan banyak urusan perniagaan dengan Ontario lagi,” kata Trump menerusi platform Truth Social pada Selasa.
Tasik Ontario bersempadan dengan Wilayah Ontario di Kanada di utara dan negeri New York di AS di selatan, dengan sempadan Kanada-AS merentasi tasik berkenaan.
Susulan rundingan yang menemui jalan buntu, tarif AS sebanyak 50 peratus ke atas barangan Kanada berkuat kuasa pada Sabtu.
Trump turut mengumumkan tarif tambahan sebanyak 50 peratus ke atas kereta, trak dan alat ganti kenderaan dari Kanada yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027, selepas rundingan gagal mencapai persetujuan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
