Banduan dipindahkan selepas penjara ‘diserang’ tikus – Utusan Digital

Banduan dipindahkan selepas penjara ‘diserang’ tikus – Utusan Digital

SYDNEY: Ratusan banduan di sebuah penjara di New South Wales terpaksa dipindahkan selepas beberapa infratsruktur penting rosak ‘dimamah sejumlah tikus’.

Lapor media tempatan, sejumlah tikus ‘menawan’ penjara tersebut dan mula merosakkan sistem pendawaian elektrik di pusat tahanan berkenaan.

Dianggarkan 402 banduan dan 200 petugas penjara akan dipindahkan ke pusat tahanan lain menjelang hujung bulan ini.

Banduan dipindahkan selepas penjara ‘diserang’ tikus – Utusan Digital

Sebelum ini, tikus menyerang dan merosakkan sebahagian besar kawasan pertanian di timur Australia selama beberapa bulan.

Keadaan itu menyebabkan golongan petani mengalami kerugian besar akibat hasil tanaman musnah. – AFP

 

 

Scroll to Top