Banjir Nepal: 9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, ‘Team Loe’ berisiko terkena kepala air

Banjir Nepal: 9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, ‘Team Loe’ berisiko terkena kepala air

Seramai 9 rakyat Malaysia yang dikenali sebagai ‘Team Loe’ dikhuatiri berdepan risiko tinggi terkena kepala air ketika dalam perjalanan menuju Lhasa Tour, Tibet, selepas mereka masih belum dapat dikesan dan gagal dihubungi sejak semalam.

Banjir Nepal: 9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, ‘Team Loe’ berisiko terkena kepala air

Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, kebimbangan itu timbul berdasarkan kedudukan kumpulan berkenaan yang dipercayai berada di laluan berisiko kepala air, khususnya kawasan lembah.

Menurut beliau, perkembangan mengenai ‘Team Loe’ diperoleh daripada operator yang mengendalikan perjalanan kumpulan tersebut.

Katanya, kesemua mereka bergerak dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda sebelum meneruskan perjalanan ke Lhasa Tour.

Beliau berkata, kesemua ahli kumpulan berkenaan tidak dapat dihubungi sejak semalam, bermula pada waktu pagi sehingga kira-kira pukul 2 pagi tadi.

“Analisis risiko saya mengatakan mereka kena kepala air sangat tinggi kerana mereka berada di jalur laluan kepala air, sebab kawasan ni lembah.
“Semasa berlaku kepala air, Jeep mereka lagi 18 kilometer nak sampai ke sempadan Nepal-Tibet, Rasuwagadhi – Kerung (Gyirong).
“Selepas kejadian itu, pihak operator tidak mendapat apa-apa lagi sebarang berita daripada mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Azrul berkata, terdapat kemungkinan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat sekiranya sempat melepasi sempadan sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 9 hingga 10 pagi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat kini sedang giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.

‘Untuk maklumat, kawasan tersebut sangat teruk untuk dimasuki dan terdapat kawasan yang berbahaya kepada penyelamat,” jelasnya.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Nepal turut berusaha mendapatkan maklumat terbaharu mengenai kesemua rakyat Malaysia berkenaan daripada pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi.

Azrul berkata, senarai nama 10 rakyat Malaysia berkenaan turut dikongsikan selepas mendapat kebenaran daripada pihak operator, termasuk gambar mereka bagi membantu melancarkan usaha pengesanan.

Beliau pada masa sama menyeru ahli keluarga, komuniti rekreasi serta penggiat aktiviti luar agar bersama-sama mendoakan keselamatan kesemua mereka.

“Bagi 10 keluarga yang terlibat dan semua rakan-rakan aktiviti luar, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Selamatkan mereka semua,” ujarnya.

Artikel lain: Anak Kedah cari dana dengan tawan Everest, Sanusi seru rakyat untuk menyumbang

Waris turut dinasihatkan menghubungi syarikat insurans masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkaitan bentuk bantuan yang boleh disalurkan susulan kejadian berkenaan.

Senarai 9 rakyat Malaysia yang dikenali sebagai ‘Team Loe’, disiarkan dengan kebenaran pihak operator:

1. GANESH NEUPANE
2. SHABUDDIN MUN
3. AZMAN KARIM
4. MOHD FADZIL DAROS
5. MUHAMMAD HAZIQ ISMAIL
6. MOHD NOHAN SALIM
7. JASON NGEOW
8. MUHAMAD NASIR ABDUL TALIB
9. MOHD FAKHFUL MUNIR MOHD ISA
10. MOND SANI HARUL

Sumber: Kosmo

Scroll to Top