KUALA LUMPUR – Daripada hasil kraf tempatan kepada perniagaan yang berkembang seiring dengan perubahan keperluan pengguna, usahawan Malaysia terus mencipta nilai dengan cara tersendiri, mencerminkan kepelbagaian, daya usaha dan aspirasi negara. Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Shopee hari ini melancarkan Shopee Juara Lokal bagi meraikan 31 usahawan yang kisah perjalanan perniagaan mereka yang melambangkan ciri-ciri tersebut.
Kohort sulung Juara Lokal menampilkan para penjual Shopee dari pelbagai negeri dan kategori perniagaan, yang dipilih berdasarkan kisah tersendiri, ketabahan, serta rekod prestasi yang telah mereka bina di platform Shopee.
Bersama-sama, mereka membuktikan bahawa perdagangan digital bukan sahaja membuka ruang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk berkembang melangkaui komuniti setempat, malah membolehkan mereka membawa akar dan identiti tempatan ke pasaran yang lebih luas.
Menerusi pameran digital Juara Lokal, Shopee membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan usahawan, produk mereka dan kisah di sebalik perniagaan tempatan ini yang dihimpunkan dalam satu destinasi.
Kempen ini turut menampilkan siri video berkonsepkan temu bual yang mengetengahkan kisah Emilhan Mokhtar dari Kita Shop Sabah, Satish Raguchandran dari Russell Taylors, Natasha dan Samantha Mah dari Love Earth Organic, serta Datuk Kamaruddin Meranun dari MILK™.
Siri ini menyelami pengalaman, cabaran dan detik-detik penting yang mencorakkan perjalanan mereka sebagai usahawan, dengan setiap episod diterbitkan secara berperingkat menerusi saluran Instagram dan YouTube Shopee Malaysia menjelang Hari Malaysia.

(Dari kiri atas ke kanan bawah): Pengasas Bersama MILK™; Datuk Kamarudin Meranun, Pengasas Bersama Love Earth Organic; Natasha dan Samantha Mah, Pengasas Kita Shop Sabah; Emilhan Mokhtar dan Pengasas Russell Taylors, Satish Raguchandran.
Bagi Emilhan Mokhtar, pengasas Kita Shop Sabah, pengalaman membantu ibu bapanya berniaga di pasar tamu sejak kecil menjadi asas kepada pembinaan perniagaannya.
“Pengiktirafan sebagai Juara amat bermakna dan membanggakan saya kerana dapat mewakili masyarakat, budaya dan hasil kraftangan Sabah. Melalui perniagaan dalam talian, kami dapat memperkenalkan hasil kraftangan mutiara asli Sabah kepada pelanggan di seluruh Malaysia, mengembangkan tenaga kerja serta akhirnya membawa perniagaan kami daripada platform dalam talian ke sebuah kedai fizikal,” ujar Emilhan.
Sesetengah perniagaan berakar daripada warisan dan hasil kraftangan tempatan, ada juga yang lahir daripada pengalaman hidup. Love Earth Organic merupakan salah satu kisah tersebut.
Bagi pengasas bersama Samantha dan Natasha Mah, pengalaman melihat insan tersayang melalui cabaran kesihatan menjadi pencetus untuk memenuhi keperluan komuniti terhadap produk makanan organik yang mampu milik dan seiring dengan perubahan keperluan kesihatan serta gaya hidup rakyat Malaysia.
Pengasas Bersama dan Ketua Inspirasi Love Earth Organic, Samantha Mah, berkata, kehilangan insan tersayang akibat kanser menyedarkan mereka betapa pentingnya pilihan yang kita buat setiap hari, terutamanya makanan yang kita sajikan.
“Pengalaman itu mendorong kami untuk memulakan Love Earth Organic bagi menjadikan pilihan makanan organik yang lebih sihat lebih mudah diakses oleh keluarga di Malaysia,” katanya.
Menerusi Shopee Juara Lokal, Shopee menyoroti kisah dan perjalanan usahawan Malaysia sebagai inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengenali serta menyokong perniagaan tempatan.
Dengan meraikan kejayaan serta sumbangan mereka kepada komuniti, kempen ini juga ingin mencetuskan inspirasi dalam kalangan generasi baharu penjual Malaysia untuk mengikuti jejak mereka dan membina perniagaan yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Luaran, Shopee Malaysia Nik Emir Nik Din, berkata, di sebalik setiap perniagaan tempatan, tersimpan kisah Malaysia yang tersendiri, lahir daripada pengalaman peribadi, pengetahuan tempatan dan keazaman untuk membina sesuatu yang bermakna.
“Apabila perniagaan ini berkembang, ia bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan, malah membuka lebih banyak ruang untuk produk dan tradisi Malaysia diketengahkan kepada pelanggan di luar pasaran mereka.
“Ke-31 usahawan yang ditampilkan dalam Juara Lokal membuktikan bahawa terdapat pelbagai laluan menuju kejayaan, dengan setiap seorang mencipta perjalanan unik mereka sendiri.
“Dengan berkongsi kisah mereka, kami berharap dapat menjadi sumber inspirasi kepada generasi penjual Juara Lokal seterusnya untuk mengikuti jejak mereka, mencorakkan perjalanan sendiri dan mencapai kejayaan dengan cara tersendiri,” tambah beliau.
Kenali kisah mereka dan sokong penjual Juara Lokal di Shopee di https://shopee.com.my/m/shopeejuaralokal-bm