Wanita Pemacu Kemajuan Negara! Kontinjen #SisBoleh Grab Mewarnai Perbarisan Merdeka Tahun Ini | Branded – Oh! Media

Wanita Pemacu Kemajuan Negara! Kontinjen #SisBoleh Grab Mewarnai Perbarisan Merdeka Tahun Ini | Branded – Oh! Media

“Inilah barisan kita,

Yang ikhlas berjuang, 

Siap sedia berkorban, 

Untuk ibu pertiwi.”

Fuhh, tahun ni punya sambutan hari Kemerdekaan meriah lain macam kan? Kalau tengok dekat rumah pun dah boleh rasai kehangatannya, apatah lagi kalau berada di Dataran Putrajaya! 

Semestinya, antara sorotan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah persembahan grafik manusia dan perbarisan, di mana tahun ini memang seronok dan penuh dengan kejutan. 

Macam biasa, perbarisan kontinjen beruniform mendapat sambutan yang cukup hangat. Tapi! Apa yang menarik perhatian ramai kali ini adalah penyertaan istimewa daripada jenama pilihan ramai, iaitu Grab! 

Bawa Aura & Semangat Perpaduan Kuat Sepanjang Perbarisan Merentasi 6 Lokasi Seluruh Negara

Kalau korang nak tahu, perbarisan yang Grab bawakan tahun ini bukan setakat tertumpu di Putrajaya saja tau, malah mereka turut turun padang dan menyertai perbarisan Merdeka merentasi 6 lokasi seperti Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang, dan Sabah di seluruh Malaysia! Macam ini barulah betul-betul semangat!

Wanita Pemacu Kemajuan Negara! Kontinjen #SisBoleh Grab Mewarnai Perbarisan Merdeka Tahun Ini | Branded – Oh! Media
Antara team Grab yang memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Johor Bahru
Negeri Pahang juga tidak terkecuali dimeriahkan dengan squad Grab
Antara wajahwajah yang menceriakan sambutan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah
Team Grab Pulau Pinang melambai ke arah pengunjung semasa perarakan
Konvoi Team Grab juga menghiasi sambutan Hari Kebangsaan di Melaka

Apa yang membuatkan perbarisan ini cukup bermakna adalah majoriti kontinjen Grab tahun ini diterajui oleh golongan wanita di bawah satu naungan iaitu #SisBoleh, dengan mesej “When women move forward, Malaysia moves forward”. 

Sejujurnya, mesej yang Grab sampaikan ini memang terbukti menunjukkan betapa pentingnya peranan wanita sebagai tulang belakang dalam menggerakkan bukan setakat ekonomi negara, malah pembangunan masyarakat secara menyeluruh. 

#SisBoleh Memartabat & Mengiktiraf Wanita Di Setiap Peringkat

Untuk korang yang belum tahu, inisiatif #SisBoleh ni memang konsisten dalam menyokong keyakinan, keselamatan, peluang serta pembentukan ekonomi wanita sejak tahun 2019 lagi tau. 

Jadi, semasa sambutan Merdeka tahun ini, kita memang dapat tengok sendiri yang Grab betul-betul menzahirkan mesej dan sokongan mereka terhadap pemerkasaan wanita di pentas nasional bagi menghargai peranan mereka dalam menggerakkan Malaysia.

Sebab itulah, semasa sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kita dapat lihat pelbagai kontinjen yang Grab bawakan seperti rakan pemandu dan penghantar wanita, rakan OKU serta pemimpin wanita terkemuka daripada Grab, GXBank dan Jaya Grocer. 

Apa yang membuatkan perbarisan ini terasa lebih bermakna adalah apabila Naomi Say, Ketua Keselamatan Platform Serantau Grab, turut hadir dan memimpin perbarisan tersebut tau. 

Dengan adanya beliau, ia jelas menunjukkan kepada masyarakat bagaimana wanita mampu memimpin dan memberi sumbangan penting menerusi pelbagai tahap, dari operasi harian di jalanan sampailah ke peringkat pengurusan strategik dan pembangunan teknologi. 

Inovasi Masa Depan, Ke Arah Kelestarian & Selamat

Selain pemerkasaan wanita, Grab juga turut mengetengahkan visi mereka untuk Malaysia, di mana dalam kontinjen ini, mereka juga mempamerkan kenderaan elektrik (EV), merangkumi kereta dan motosikal elektrik tau. 

Langkah ini menunjukkan yang Grab sangat komited terhadap mobiliti hijau serta ke arah masa depan negara yang lebih lestari. 

Pada masa sama, teknologi keselamatan terkini juga turut ditonjolkan bagi membuktikan fokus berterusan Grab dalam menyediakan perkhidmatan yang selamat untuk setiap pengguna dan rakan niaga mereka. Baguskan? 

Grab Akan Terus Beri Sokongan, Memacu Malaysia Ke Hadapan

Penyertaan Grab dalam sambutan Hari Kemerdekaan ini memang jelas menunjukkan komitmen berterusan mereka dalam menyokong kemajuan Malaysia betul tak?

Grab juga berjaya membuktikan bahawa kejayaan sesebuah negara dapat dicapai apabila semua pihak bergerak seiring dan sejalan melalui pemerkasaan wanita, keterangkuman golongan OKU, inovasi hijau dan peluang ekonomi yang fleksibel. 

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, apa kata kita sama-sama menyokong komitmen ini dan bersama-sama menggerakkan negara kita terus ke hadapan. 

Ikuti perjalanan #SisBoleh untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana platform Grab terus menyokong dan memperkasakan wanita di seluruh negara.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top