6 lokasi di Sarawak catat IPU bahaya lebih 300

PETALING JAYA: Enam lokasi di Sarawak masih merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan IPU melebihi 300 setakat pukul 11 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Serian merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan IPU 404.

Ia diikuti Kuching (394), Samarahan (365), Sri Aman (353), Sarikei (342) dan Sibu (326).

Sementara itu, tiga lagi lokasi di Sarawak iaitu Mukah (241), Bintulu (241) dan Samalaju (235) masih merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat.

Empat lagi lokasi di Sarawak iaitu ILP Miri (188), Miri (182), Kapit (182) dan Limbang (166) merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Selain itu, beberapa lokasi yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Kota Kinabalu (171), Labuan (169), Kimanis (161), Keningau (158) dan Tawau (140).

Satu lagi lokasi yang merekodkan IPU tidak sihat di Semenanjung adalah di Johan Setia, Selangor dengan bacaan IPU 152. – UTUSAN

 

Scroll to Top