Farhan Adam Mahu Akhiri Sukan Asia 2026 Dengan Pingat Emas | Oh! Arena – Oh! Media

Farhan Adam Mahu Akhiri Sukan Asia 2026 Dengan Pingat Emas | Oh! Arena – Oh! Media

Oh! Arena

Farhan Adam mahu menjadikan Sukan Asia 2026 sebagai penampilan terakhir yang manis dengan memburu pingat emas buat Malaysia.

Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam melihat Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebagai peluang besar untuk menutup satu perjalanan panjangnya bersama pasukan kebangsaan.

Pada usia 37 tahun, dia tidak menolak kemungkinan temasya kali ini menjadi penampilan terakhirnya selepas mengambil kira tempoh empat tahun sebelum edisi seterusnya.

Mahu penutup yang manis buat pasukan takraw

196

Bagi Farhan, fokusnya kini hanya satu iaitu membantu Malaysia merealisasikan impian membawa pulang pingat emas.

Sukan Asia ini diadakan empat tahun sekali. Untuk menunggu empat tahun lagi, saya rasa saya tidak mampu untuk menghadapinya. Jadi, fokus saya adalah untuk edisi kali ini.

Insya-Allah, jika pingat emas dapat diterjemahkan, saya rasa itu adalah penutup yang baik. Pastinya Sukan Asia ini bakal menjadi yang terakhir buat saya.- Katanya.

Aichi-Nagoya 2026 bakal menjadi penampilan keempat Farhan di Sukan Asia selepas Guangzhou 2010, Jakarta-Palembang 2018 dan Hangzhou 2023. Dia tidak terpilih untuk edisi Incheon 2014.

Tak lagi gentar dengan pasukan takraw Thailand

193

Dalam masa sama, Farhan melihat sasaran dua pingat emas yang diletakkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia bagi acara regu dan regu berpasukan bukan sesuatu yang mustahil.

Keyakinan pemain negara juga dilihat semakin tinggi, termasuk apabila berdepan Thailand yang sekian lama menjadi pencabar utama Malaysia.

Jika dahulu, pantang dengar nama Thailand saja kita sudah agak gerun tetapi sekarang pemain melihat kita berada di tahap yang sama dengan mereka.

Sekarang ini tiada lagi perasaan takut. Apa yang penting adalah bagaimana kami menterjemahkan strategi di hari kejohanan nanti untuk mencari kemenangan. – Katanya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top