
Gaji Seumur Hidup 2026 masih menawarkan peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM4 juta sehingga 30 September 2026
Rakyat Malaysia sudah mula memenangi hadiah-hadiah menarik dalam kempen Gaji Seumur Hidup 2026 anjuran Nestlé Malaysia menyaksikan tahap penyertaan menggalakkan sejak kempen bermula!
Kempen tersebut meneruskan momentum sejak pelancarannya pada 1 Ogos 2026 dengan menarik minat pengguna di seluruh negara.
Sambutan menggalakkan yang diterima menunjukkan keterujaan pengguna terhadap kempen, yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah utama berupa gaji bulanan RM3,500 seumur hidup, dengan membeli produk Nestlé kegunaan harian mereka.
Ganjaran tidak terhad kepada hadiah utama semata-mata, setakat ini, lebih daripada 600 pemenang mingguan telah membawa pulang hadiah, sekali gus menunjukkan peluang kemenangan yang boleh direbut sepanjang tempoh peraduan, sambil terus bersaing untuk merebut hadiah utama Gaji Seumur Hidup.
Antara pemenang mingguan yang kini berpeluang memenangi hadiah utama ialah Muhamad Safriq Najhan A Ahmid yang berusia 28 tahun dari Teluk Panglima Garang, Selangor.
Beliau mengakui tidak pernah terbayang bahawa penyertaan dalam peraduan pertama akan memberikan peluang besar untuk memenangi Gaji Seumur Hidup.

Muhamad Safriq, 28 tahun dari Teluk Panglima Garang merupakan antara pemenang mingguan Nestlé Malaysia Gaji Seumur Hidup 2026
“Apabila saya mendapat tahu tentang kemenangan ini, saya segera menghubungi isteri saya untuk berkongsi berita gembira.
“Kemenangan ini cukup bermakna buat keluarga saya. Pendapatan tambahan yang bakal diterima membolehkan kami mengubah suai rumah dan meringankan komitmen kewangan bulanan kami,” katanya.
Sementara itu, Nazrul Na’im Hasrizal yang berumur 22 tahun dari Shah Alam berkata, pemilihan sebagai peserta akhir merupakan satu detik yang menggembirakan dan tidak diduga olehnya, lebih-lebih lagi kerana dia tidak pernah memenangi peraduan sebelum ini.
“Saya memang agak pemalu dan saya percaya cabaran ini akan membantu saya untuk mengatasi rasa berkenaan kerana saya perlu melakukan yang terbaik untuk menang.
“Sudah tentulah saya akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi hadiah utama. Kalau ditakdirkan menang, saya bercadang untuk membawa keluarga bercuti dan meluangkan masa berharga bersama-sama.

Nazrul Na’im, 22 tahun dari Shah Alam merupakan antara pemenang mingguan Nestlé Malaysia Gaji Seumur Hidup 2026
“Malah saya juga boleh mencapai satu lagi impian, iaitu menabung untuk majlis perkahwinan saya pada masa depan,” kata Nazrul Na’im.
Sementara itu, dengan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM4 juta, kempen itu menawarkan lebih banyak peluang untuk menang berbanding sebelum ini.
Selain daripada seorang pemenang hadiah utama yang menerima RM3,500 sebulan seumur hidup, dua lagi pemenang hadiah pertama yang akan menerima RM3,500 sebulan untuk dua tahun, 18 hadiah sagu hati akan menerima RM3,500 sebulan selama setahun manakala 10,000 orang akan memenangi hadiah mingguan.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, daya tarikan Gaji Seumur Hidup bukan setakat keseronokan muncul sebagai pemenang.
Pendapatan bulanan RM3,500 hakikatnya boleh menampung perbelanjaan isi rumah, pendidikan anak-anak, simpanan masa depan dan memberi jaminan kewangan jangka panjang, lantas memberikan tahap keyakinan dan ketenangan lebih tinggi pada tahun-tahun yang mendatang.
Kemenangan memberi manfaat lebih besar

Selain daripada memberi ganjaran kepada pengguna, Gaji Seumur Hidup terus mencetus kesan positif dalam kalangan komuniti di seluruh Malaysia menerusi sumbangan kepada badan-badan amal yang dipilih oleh peserta akhir dan pemenang kempen.
Dalam dua edisi pertama, Nestlé Malaysia telah memberi ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM8 juta kepada ribuan rakyat Malaysia.
Nestlé Malaysia juga menyalurkan RM1.5 juta kepada 35 badan amal untuk meluaskan impak kempen ke luar lingkungan pemenang individu kepada golongan memerlukan.
Meneruskan tradisi yang dibina sebelum ini, edisi 2026 akan menyumbang RM900,000 kepada 21 badan amal, menekankan matlamat kempen untuk mencetus impak bermakna sambil memberi ganjaran kepada pengguna.
Masih ada peluang untuk menang
Memandangkan kempen diadakan sehingga 30 September 2026, rakyat Malaysia masih sempat untuk merebut ganjaran dan berkongsi rezeki.
Untuk setiap RM20 yang dibelanjakan bagi produk Nestlé yang turut serta dalam satu resit, pengguna menerima satu penyertaan peraduan, dengan berbilang penyertaan dibenarkan menerusi borang web rasmi atau WhatsApp.
Memandangkan lebih ramai pemenang mingguan diumumkan dan hadiah utama untuk dimenangi, Nestlé Malaysia’s Gaji Seumur Hidup 2026 terus menunjukkan daya tarikannya untuk kekal sebagai salah satu daripada kempen yang paling dinanti-nantikan dengan memberi ganjaran bagi setiap pembelian dan juga peluang untuk mengubah sama sekali kehidupan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.nestlehomeofgood.com.my.