Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah menjadi perhatian apabila dilihat yang berkongsi luahan perasaannya di laman Threads.
Menerusi hantaran itu, Dr Fie yang kini bercuti di Shanghai, China bersama anak-anak berasa sayu dan cuba menahan air mata.
BACA: Dr Fie Dakwa Sentiasa Diperhatikan, Tiada Privasi

Menurut Dr Fie, dia tidak boleh bercerita mengenai perkara itu namun dia percaya bahawa Allah melihat apa yang individu tersebut lakukan padanya.
“Hari ni saya rasa sayu, hati ni rasa sakit. Puas tahan air mata sebab tengah bercuti dengan anak-anak. Nak cerita tak boleh.
“Tapi saya tahu Allah nampak apa orang tu buat dekat saya. Allah tahu tau. Ke dia tak sedar Allah melihat dan mendengar setiap masa?” tulisnya.

