Suami Masih Di CCU, Anak Amyza Aznan Terlantar Di Rumah

Pelakon Amyza Aznan berkongsikan keadaan suaminya Khairil Izhar Mohd Nazir yang sebelum ini ditidurkan kerana paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Memetik Harian Metro, Amyza berkata suaminya masih lagi ditempatkan di it Penjagaan Rapi (CCU) dan memerlukan bantuan pernafasan serta pemantauan.

BACA: Amyza Aznan Tenang Berniqab, Harap Isu ‘Kejap Pakai Kejap Buka’ Tak Diperbesar

“Abang (Khairil) masih di CCU dan masih memerlukan bantuan pernafasan. Dia juga masih dalam pemantauan doktor. Doktor ada beritahu bahawa dia akan ditahan lebih lama lagi di hospital untuk pemantauan.

“Dia sudah sedar, cuma berapa lama lagi akan ditahan di CCU bergantung kepada keadaan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Amyza turut memaklumkan anaknya Adrian Adam yang menghidap kanser tulang kini hanya terlantar di atas katil.

“Kaki Adrian membengkak daripada 45 sentimeter kepada 66 sentimeter dan semakin membesar. Sebab itu dia hanya terlantar di atas katil dan tidak ke mana-mana, kecuali pergi mendapatkan rawatan sahaja,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top