Kalau ada anak kecil, mesti faham cabaran nak bawa mereka jumpa doktor.
Ada yang dari rumah okay, tapi sampai sahaja di hospital terus berubah mood. Ada yang mula gelisah apabila nampak doktor, apatah lagi kalau perlu menjalani pemeriksaan atau prosedur tertentu.
Dalam masa yang sama, mak ayah pula bukan sekadar memikirkan bagaimana nak pujuk anak. Ada appointment yang perlu diingat, jadual vaksinasi yang perlu dipantau, persoalan mengenai perkembangan mereka dan macam-macam lagi perkara berkaitan kesihatan anak sepanjang proses membesar.
Sebab itu pengalaman penjagaan kesihatan kanak-kanak sebenarnya melibatkan kedua-dua pihak.
Bagi si kecil, suasana yang lebih mesra dan positif boleh membantu menjadikan pengalaman mendapatkan rawatan kurang menakutkan. Bagi mak ayah pula, akses kepada perkhidmatan, maklumat dan kemudahan mengurus keperluan kesihatan anak boleh membuatkan keseluruhan proses terasa lebih mudah.
Ini juga antara perkara yang diberi perhatian oleh KPJ Healthcare menerusi rangkaian penjagaan pediatriknya, termasuk konsultasi pakar, vaksinasi, pemeriksaan kesihatan, pemantauan perkembangan dan rehabilitasi kanak-kanak.
Dalam usaha menjadikan pengalaman tersebut lebih mesra untuk si kecil, KPJ turut memperkenalkan kempen pediatrik Little Heroes, Big Courage dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment sempena Spider-Man: Brand New Day.
Namun Spider-Man di sini bukan bermaksud karakter tersebut akan sentiasa berada di hospital.
Sebaliknya, elemen Spider-Man digunakan sepanjang tempoh kempen sebagai salah satu cara untuk meraikan keberanian kanak-kanak selepas mereka melalui prosedur tertentu dan membantu mewujudkan pengalaman yang lebih positif.
Tak Perlu Jadi Superhero Untuk Dianggap Berani
Bagi orang dewasa, menjalani pemeriksaan mungkin perkara biasa. Tapi bagi kanak-kanak, berada di tempat yang asing, berjumpa doktor dan melalui prosedur tertentu boleh menjadi satu pengalaman yang cukup besar.
Sebab itu konsep Little Heroes, Big Courage bukan tentang mengharapkan anak langsung tak takut atau tak menangis.
Sebaliknya, keberanian kecil mereka selepas berjaya melalui pengalaman tersebut diraikan.

Sepanjang kempen yang berlangsung sehingga 30 September 2026, kanak-kanak yang menerima penjagaan berpeluang menerima item edisi terhad Spider-Man selepas prosedur seperti Button Badge, Collectible Sticker Sheet, Hero Academy Activity Booklet, Canvas Tote Bag dan tiket wayang GSC*.
*Bergantung kepada ketersediaan dan sementara stok masih ada.
Item ini diberikan secara percuma sebagai post-procedure distraction tools untuk membantu mengalihkan perhatian kanak-kanak selepas prosedur dan mewujudkan pengalaman yang lebih positif.
Bagi anak yang memang familiar dengan Spider-Man, item seperti ini boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk mereka selepas melalui pemeriksaan atau prosedur yang mungkin pada awalnya terasa menakutkan.
Pendekatan sebegini juga selari dengan usaha menjadikan pengalaman mendapatkan penjagaan kesihatan sebagai sesuatu yang lebih positif, bukan pengalaman yang hanya dikaitkan anak dengan rasa takut.
Kadang-Kadang Anak Nampak Sihat, Tapi Mak Ayah Risau Banyak Perkara!
Bila menjaga atau membesarkan anak-anak, bukan semua kebimbangan bermula apabila mereka jatuh sakit.
Ada masa anak nampak aktif dan sihat macam biasa, tetapi mak ayah mula perasan perkara-perkara kecil sepanjang mereka membesar.
Mungkin mak ayah nak tanya tentang masalah kulit seperti ekzema atau alahan, perkembangan pertuturan, kemahiran motor ataupun perubahan tertentu yang kelihatan berbeza berbanding sebelumnya atau kanak-kanak sebaya.
Dalam situasi seperti ini, penjagaan pediatrik boleh memainkan peranan lebih luas daripada sekadar merawat penyakit.
Pakar pediatrik juga boleh membantu mak ayah memahami perkembangan anak mengikut keadaan mereka sendiri dan mengenal pasti sekiranya sesuatu perkara memerlukan pemantauan atau penilaian lanjut.
Tambah pula sekarang, hampir semua jawapan boleh dicari di internet. Tetapi kadang-kadang makin banyak membaca, semakin banyak pula kemungkinan yang muncul.
Sedangkan setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan dan keadaan kesihatan yang berbeza.
Tanda-tanda seperti demam, ekzema, lewat pertuturan dan perkembangan kemahiran motor boleh menjadi panduan umum kepada mak ayah, tetapi ia bukan senarai lengkap atau sesuatu yang boleh digunakan untuk membuat diagnosis sendiri.
Jika ada perkara yang menimbulkan kebimbangan, penilaian daripada pakar pediatrik boleh membantu mak ayah mendapatkan gambaran yang lebih tepat berdasarkan keadaan anak sendiri.
Penjagaan Pediatrik Bukan Sekadar Bila Anak Sakit
Ini mungkin antara perkara yang penting untuk mak ayah tahu. Penjagaan pediatrik bukan hanya tentang merawat anak ketika mereka demam atau tidak sihat.
Sepanjang proses membesar, kesihatan fizikal, tumbesaran, perkembangan, deria serta pelbagai aspek lain juga boleh dipantau mengikut keperluan setiap kanak-kanak.
KPJ menyediakan penjagaan pediatrik yang merangkumi pelbagai keperluan kesihatan kanak-kanak menerusi kepakaran pelbagai disiplin.
Antaranya termasuk konsultasi pakar, vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan, selain penjagaan perkembangan dan rehabilitasi menerusi perkhidmatan seperti Happy Kids Package dan Child Development Rehabilitation Package.
Pendekatan ini membolehkan mak ayah mendapatkan penjagaan mengikut keperluan anak pada peringkat yang berbeza, sama ada untuk pemeriksaan rutin, persoalan mengenai perkembangan ataupun apabila memerlukan perhatian daripada pakar tertentu.
Jadi kalau mak ayah mempunyai persoalan tentang perkembangan anak, tak semestinya perlu menunggu sehingga sesuatu perkara menjadi serius sebelum mendapatkan pandangan pakar.
Urus Keperluan Kesihatan Anak Dengan Lebih Mudah Melalui KPJ Cares

Selain pengalaman anak ketika mendapatkan rawatan, satu lagi perkara yang KPJ cuba mudahkan ialah bagaimana mak ayah mengurus penjagaan kesihatan mereka dalam jangka panjang.
Bila seorang anak ada appointment, seorang lagi ada jadual vaksinasi dan masing-masing mempunyai keperluan kesihatan berbeza, memang banyak benda yang perlu diurus dalam satu masa.
Sebab itu KPJ mempunyai KPJ Cares Junior, program manfaat kanak-kanak yang boleh diakses melalui aplikasi KPJ Cares.
Mak ayah hanya perlu menambah anak di bahagian “My Dependents” dalam aplikasi KPJ Cares untuk mendaftarkan mereka dan mengakses manfaat Junior.
Antara manfaat yang ditawarkan termasuk 20% diskaun Room & Board bagi penjagaan pesakit dalam serta 15% diskaun bagi vaksinasi wajib bayi dan vaksin influenza.
Turut tersedia ialah 10% diskaun untuk ujian alahan terpilih, pediatrik, perkhidmatan pengimejan, farmasi pesakit luar dan rehabilitasi pediatrik, tertakluk kepada terma dan syarat.
Jadi daripada penjagaan semasa anak tidak sihat hinggalah kepada vaksinasi, ujian atau rehabilitasi tertentu, manfaat yang disediakan menerusi Junior boleh digunakan untuk beberapa keperluan berbeza sepanjang proses mereka membesar.
Lebih penting, KPJ Cares Junior bukan sebahagian daripada kempen Spider-Man yang berlangsung untuk tempoh tertentu sahaja.
Ia merupakan program sepanjang tahun, jadi mak ayah masih boleh menggunakan manfaat yang ditawarkan selepas kempen Little Heroes, Big Courage berakhir.
Bila melibatkan penjagaan kesihatan anak untuk jangka panjang, penjimatan seperti ini memang boleh dimanfaatkan mak ayah, terutama apabila terdapat lebih daripada satu keperluan kesihatan yang perlu diurus sepanjang tahun.
Nak Jumpa Pakar? Boleh Terus Buat Tempahan Melalui WhatsApp
Satu lagi benda yang memudahkan mak ayah ialah akses kepada hospital. KPJ menyediakan instant WhatsApp booking untuk rangkaian Hospital Pakar KPJ di seluruh Malaysia.
Jadi kalau mak ayah ada persoalan mengenai kesihatan atau perkembangan anak, boleh pilih Hospital Pakar KPJ yang bersesuaian dan terus aturkan konsultasi.
Kemudahan seperti ini juga memberikan pilihan kepada mak ayah untuk terus mendapatkan pandangan profesional apabila mereka mempunyai persoalan, tanpa perlu terlalu lama bergantung kepada carian sendiri.
Tak perlu tunggu sehingga persoalan kecil bertukar menjadi kerisauan berpanjangan.
Lebih baik dapatkan pandangan pakar dan tahu keadaan sebenar daripada bergantung kepada andaian atau terlalu banyak membaca kemungkinan di internet.
Little Heroes, Big Courage Berlangsung Sehingga 30 September Ini

Kalau anak korang memang peminat Spider-Man, bolehlah memanfaatkan kempen Little Heroes, Big Courage untuk menjadikan pengalaman penjagaan kesihatan mereka di KPJ lebih mesra dan positif.
Kempen kolaborasi bersama Spider-Man: Brand New Day ini berlangsung sehingga 30 September 2026, manakala item edisi terhad Spider-Man diberikan secara percuma semasa lawatan pemeriksaan kesihatan dan tersedia sementara stok masih ada.
Dalam masa yang sama, mak ayah boleh muat turun aplikasi KPJ Cares, tambah anak di bahagian “My Dependents” dan daftar KPJ Cares Junior untuk menikmati manfaat serta voucher eksklusif yang ditawarkan sepanjang tahun.
Kalau ada sesuatu tentang kesihatan atau perkembangan anak yang dah lama bermain dalam fikiran, korang juga boleh terus membuat tempahan melalui WhatsApp untuk mendapatkan konsultasi dengan pakar pediatrik di rangkaian Hospital Pakar KPJ seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lengkap mengenai kempen Little Heroes, Big Courage, hospital yang mengambil bahagian dan KPJ Cares Junior, korang boleh layari laman web rasmi KPJ Healthcare serta halaman rasmi kempen.
Jangan lupa juga follow KPJ Healthcare di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan info terkini mengenai kempen, penjagaan kesihatan kanak-kanak serta tip kesihatan untuk seisi keluarga.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

